Logo UIN

Digital Library - UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi

ZIKIR DALAM TAFSIR AL-MISBAH (KAJIAN ANALISIS TERHADAP QS. AL-BAQARAH: 63 QS.ALI IMRAN: 191, DAN QS. AL-AHZAB: 41)

ROYBI, MUHAMMAD (2024) ZIKIR DALAM TAFSIR AL-MISBAH (KAJIAN ANALISIS TERHADAP QS. AL-BAQARAH: 63 QS.ALI IMRAN: 191, DAN QS. AL-AHZAB: 41). Other thesis, UIN STS JAMBI.

Full text not available from this repository.

Abstract

Al-Qur’an merupakan kitab Allah yang diturunkan untuk manusia melalui malaikat jibril dengan mengutus nabi muhammad saw, sebagai pedoman bagi manusia dalam mengarungi kehidupan, Al-Qur’an diterima oleh masyarakat sebagai teks tertulis. Kemudia di pahami dan di proses oleh masyarakat dengan berbagi bentuk.
Penelitian skripsi ini membahas tentang “Zikir Dalam Tafsir Al-Misbah (Kajian Analisis Terhadap QS. Al-Baqarah: 63, QS. Ali Imran :191, dan QS. Al-Ahzab :41)”
Mengingat Allah atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa. Dengan mengingati Allah manusia akan berasa ketenangan jiwa kerana dia menyedari bahwa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-Nya. Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh. Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.
Dalam hal ini, sekiranya orang yang beriman kepada Allah, mereka akan ingat bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, Allah Maha Melihat segala-galanya, Allah mampu mengatasi semua hal di dunia ini.Dengan demikian akan tenanglah jiwanya. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28) Perasaan tenang itu wujud kerana jiwanya berhubungan langsung dengan Allah dan rasa selamat di bawah jagaan-Nya.
Ketenangan hati orang yang beriman hasil daripada zikrullah itu adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh orang yang hatinya diliputi oleh kemanisan iman. Ia tidak boleh diungkapkan melalui kata-kata kepada orang yang tidak menghayatinya. Bahkan, ia sesuatu yang meresap ke dalam hati sehingga ia berasa tenang dan sejahtera dengannya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Fakultas Ushuludin dan Studi Agama > Ilmu Al quran dan Tafsir
Depositing User: Perpustakaan UIN STS Jambi
Date Deposited: 26 May 2025 03:40
Last Modified: 26 May 2025 03:40
URI: http://digilib.uinjambi.ac.id/id/eprint/622

Actions (login required)

View Item
View Item