Logo UIN

Digital Library - UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi

PELAKSANAAN KONSEP ISTIBDAL HARTA WAKAF (KAJIAN DI MAJELIS AGAMA ISLAM SELANGOR, MALAYSIA)

RAHMAN, NIK MOHAMAD ARIFF BIN NIK ABD (2023) PELAKSANAAN KONSEP ISTIBDAL HARTA WAKAF (KAJIAN DI MAJELIS AGAMA ISLAM SELANGOR, MALAYSIA). Other thesis, UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi.

Full text not available from this repository.

Abstract

Skripsi ini bertujuan untuk menganalisis kaedah istibdal yang dilaksanakan oleh Majelis Agama Islam Selangor (MAIS) di bawah pengelolaan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terhadap harta wakaf yang tidak ekonomik serta tidak mampu menghasilkan dana bagi pembangunan harta wakaf di Negeri Selangor. Harta wakaf perlu dipelihara demi memastikan manfaatnya berkekalan. Namun begitu, tidak semua harta yang diwakafkan boleh kekal selamanya. Sesetengah harta seperti kenderaan dan barangan elektrik mempunyai jangka hayat tertentu. Ia akan mengalami kerosakan dan kemusnahan. Sesetengahnya tidak produktif. Justeru, demi memastikan kelestarian harta wakaf, para fuqaha berpandangan harta yang telah rosak atau musnah perlu ditukar dengan harta yang seumpamanya untuk mengekalkan manfaat harta wakaf dan proses tersebut dinamakan Istibdal. Ia adalah penyelesaian terakhir kepada pewakaf demi memastikan manfaat harta wakaf terus dinikmati oleh penerima manfaat. Penulisan ini menggunakan kepada dua metodologi utama yaitu metode pengumpulan data dan metod analisis data. Proses pengumpulan data dilakukan menerusi metod wawacara dengan mengadakan sesi wawacara bersama seorang responden yang berautoriti bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan istibdal di Negeri Selangor. Natijahnya, istibdal pada harta wakaf boleh dilakukan dengan pelbagai cara demi menjaga dan menjamin kemaslahatan harta wakaf.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
K Law > K Law (General)
K Law > KZ Law of Nations
Divisions: Fakultas Syariah > Hukum Ekonomi Syariah
Depositing User: Nadia Rezky
Date Deposited: 03 Mar 2026 01:42
Last Modified: 03 Mar 2026 01:42
URI: http://digilib.uinjambi.ac.id/id/eprint/5094

Actions (login required)

View Item
View Item