Bin Roshdi, Muhammad Haiqal Zafran (2026) "ANALISIS YURIDIS PERKAWINAN TANPA IZIN WARGA MALAYSIA DI SELATAN THAILAND : STUDI KASUS DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SUNGAI PETANI, KEDAH, MALAYSIA". Other thesis, UIN STS JAMBI.
Full text not available from this repository.Abstract
"Perkawinan tanpa izin yang dilakukan oleh warga negara Malaysia di wilayah
Selatan Thailand merupakan satu fenomena yang semakin mendapat perhatian
kerana melibatkan pelanggaran terhadap peruntukan Undang-Undang Keluarga
Islam di Malaysia. Walaupun perkawinan tersebut berkemungkinan memenuhi
rukun dan syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak, pasangan yang berkahwin
tanpa memperoleh izin daripada Mahkamah Syariah tetap dianggap melanggar
prosedur perundangan yang berkuat kuasa, sekali gus menimbulkan pelbagai
implikasi terhadap status pendaftaran perkawinan serta perlindungan hak suami,
isteri dan anak. Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis pengaturan hukum
Malaysia terhadap perkawinan tanpa izin yang dilakukan oleh warga negara
Malaysia di wilayah Selatan Thailand serta menganalisis pertimbangan hakim
dalam menyelesaikan perkara perkawinan tanpa izin tersebut di Mahkamah Rendah
Syariah Sungai Petani. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan
metode yuridis empiris melalui kajian kepustakaan dan temu bual. Analisis
penelitian dilakukan berdasarkan teori Maqasid Syariah dan teori Perlindungan
Hukum bagi menilai kesesuaian pelaksanaan undang-undang dengan objektif
syariat serta perlindungan terhadap pihak-pihak yang berkepentingan. Hasil
penelitian menunjukkan bahawa perkawinan tanpa izin merupakan suatu
pelanggaran terhadap peruntukan Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam
(Kedah Darul Aman) 2008, khususnya berkaitan keperluan mendapatkan izin
sebelum berkahwin. Walau bagaimanapun, hakim akan mempertimbangkan
kesahihan perkawinan berdasarkan pemenuhan rukun dan syarat nikah menurut
hukum syarak sebelum memerintahkan pengesahan dan pendaftaran perkawinan.
Pendekatan tersebut bukan sahaja memenuhi kehendak undang-undang, malah
selaras dengan Maqasid Syariah dan prinsip perlindungan hukum dalam menjamin
hak serta kemaslahatan suami, isteri dan anak."
| Item Type: | Thesis (Other) |
|---|---|
| Divisions: | Fakultas Syariah > Hukum Keluarga Islam |
| Depositing User: | Munsia Andriani |
| Date Deposited: | 12 Sep 2026 00:54 |
| Last Modified: | 12 Sep 2026 00:54 |
| URI: | http://digilib.uinjambi.ac.id/id/eprint/4734 |
